Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

100 PELAJAR TERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN KELAB TaHa

KUALA LUMPUR, 2017-01-03 - Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Kelab TaHa kepada 100 pelajar yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab TaHa yang memperoleh pencapaian cemerlang di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). <br /> <br /> Majlis Anugerah Kecemerlangan Kelab TaHa 2015 berlangsung di Ibu Pejabat TH, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2016 dan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi TH.<br />