Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Mac

TH MULA SIRI JELAJAH SERAHAN ZAKAT
KUALA LUMPUR, 2017-03-03 - Lembaga Tabung Haji (TH) memulakan siri jelajah penyerahan zakatnya sebanyak RM60.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Majlis Agama Islam dan Pusat Pungutan Zakat negeri-negeri hari ini. Jumlah keseluruhan pembayaran zakat TH 2016 terus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.69% (RM60.3 juta) berbanding tahun sebelumnya, RM59.3 juta (2015).


Februari

TH SERAH ZAKAT RM2.18 JUTA KEPADA ZAKAT PULAU PINANG
PULAU PINANG, 2017-02-28 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM2,178,499.84 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Zakat Pulau Pinang dalam satu majlis ringkas di Seri Mutiara, Pulau Pinang.


MAJLIS PERASMIAN PROGRAM TEMUDUGA TERBUKA SL1M
KUALA LUMPUR, 2017-02-21 - Perdana Menteri, YAB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah merasmikan Program Temuduga Terbuka SL1M di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


LAWATAN PENGURUSAN TH KE KUMPULAN UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BHD
KUALA LUMPUR, 2017-02-17 - Pihak Pengurusan TH mengadakan lawatan ke Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. Lawatan diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.


MAJLIS TAKLIMAT DAN PENYERAHAN LESEN PENGELOLA JEMAAH HAJI (PJH)
KUALA LUMPUR, 2017-02-14 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 19 Agensi Pelancongan bagi Musim Haji 1438H/2017M di Dewan Besar Tabung Haji, Kuala Lumpur.