Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Mac

TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN KEPADA LEMBAGA ZAKAT MELAKA
Melaka, 2017-03-31 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM1,614,922.71 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Lembaga Zakat Melaka (LZM) dalam satu majlis ringkas di Dewan Sri Utama, Pejabat TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka.


PENYERAHAN ZAKAT KEDAH
LANGKAWI, 2017-03-24 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM4,181,741.95 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam satu majlis ringkas di Masjid Riyadzussolihin Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat, Langkawi.


PENYERAHAN ZAKAT TH PAHANG
PEKAN, 2017-03-16 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM2,809,096.64 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dalam satu majlis ringkas di pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pekan, Pahang.


PENYERAHAN ZAKAT TH KEPADA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
SELANGOR, 2017-03-10 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM15,130,379.28 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Lembaga Zakat Selangor dalam satu majlis ringkas di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor. Pembayaran zakat TH bagi negeri Selangor ini mencatat peningkatan sebanyak 2.65% berbanding RM14,739,426.67 (2015).


TH MULA SIRI JELAJAH SERAHAN ZAKAT
KUALA LUMPUR, 2017-03-03 - Lembaga Tabung Haji (TH) memulakan siri jelajah penyerahan zakatnya sebanyak RM60.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Majlis Agama Islam dan Pusat Pungutan Zakat negeri-negeri hari ini. Jumlah keseluruhan pembayaran zakat TH 2016 terus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.69% (RM60.3 juta) berbanding tahun sebelumnya, RM59.3 juta (2015).