Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Julai

MAJLIS PERLEPASAN JEMAAH HAJI OLEH YAB PERDANA MENTERI
SELANGOR, 2017-07-24 - YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan isteri YBhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor hari ini mengucapkan selamat jalan kepada Jemaah Haji Malaysia di Kompleks Haji Kelana Jaya. Penerbangan terus dari KLIA ke Madinah pada jam 9:30 malam itu menggunakan penerbangan Flynas dan dijangka tiba pada jam 1:30 pagi (waktu Saudi), keesokannya.


THiJARI 2.0 DILANCARKAN BAGI KEMUDAHAN PENDEPOSIT DAN JEMAAH HAJI
KUALA LUMPUR, 2017-07-10 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan aplikasi terkininya, THiJARI 2.0 semasa Majlis Lebaran Aidilfitri bersama Anggota-anggota di Bangunan TH, Jalan Tun Razak.


Jun

MAJLIS PENGURNIAAN ZAKAT DAN SANTAPAN BERBUKA PUASA
KUALA LUMPUR, 2017-06-17 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli ke Majlis Pengurniaan Zakat dan Santapan Berbuka Puasa bersama-sama anak-anak yatim/tahfiz asnaf dibawah kelolaan TH di Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim.


SUMBANGAN KEPADA 164 ASNAF MENERUSI PROGRAM EHSAN TH
PAHANG, 2017-06-07 - Bersempena bulan Ramadan, Tabung Haji (TH) menganjurkan Program Ehsan TH di mana 164 orang asnaf fakir miskin Negeri Pahang menerima sumbangan sebanyak RM82,000 bertempat di Dewan Sek. Men. Maran 2, Maran, Pahang.


TH MEMBANTU GOLONGAN ASNAF DI KELANTAN
KELANTAN, 2017-06-07 - Program Ehsan TH yang dianjurkan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang sebanyak RM80,000 kepada 160 orang asnaf fakir miskin di Kelantan bertempat di Dewan Sri Mutiara, Sekolah Kebangsaan Tok Bok, Machang, Kelantan.