Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Alt text

DATUK SERI JOHAN ABDULLAH
PENGARAH URUSAN KUMPULAN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Datuk Seri Johan Abdullah berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Morehead State, Kentucky Amerika Syarikat (AS). Beliau juga adalah pemegang Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Eastern Michigan, Michigan AS.

Sebelum menyertai TH, beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Berhad (BHB) sejak Mei 2008. Beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah di beberapa anak syarikat di dalam Kumpulan BHB. Beliau pernah menyandang beberapa jawatan kanan semasa di Bursa Malaysia Berhad dan mempunyai pengalaman luas dalam kewangan korporat, pasaran modal dan perbankan Islam.

Beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH pada 1 Julai 2016.

Alt text

DATO’ BADLISYAH ABDUL GHANI, CB CPIF
TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Dato’ Badlisyah Abdul Ghani dilahirkan pada tahun 1974 dan berasal dari Ipoh, Perak. Beliau merupakan seorang Chartered Banker di bawah Asian Institute of Bankers (AICB), Chartered Professional in Islamic Finance di bawah Chartered Institute of Islamic Finance Professionals dan memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti of Leeds, United Kingdom.

Sebelum menyertai TH, beliau menerajui Bahagian Perbankan Islam Kumpulan CIMB sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Berhad, Ketua Kumpulan CIMB bagi rantau Timur Tengah dan Brunei serta bertugas dengan syarikat subsidiari perbankan luar pesisir, Bank Islam Malaysia Berhad.

Beliau adalah Presiden Pengasas Chartered Institute of Islamic Finance Professional (CIIF) serta ahli lembaga Pemegang Amanah untuk Islamic Banking and Finance Institute Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kewangan dan berkhidmat dalam pelbagai organisasi serta jawatankuasa industri di dalam dan di luar negara.

Dato’ Badlisyah adalah penerima anugerah Banker of The Year selama beberapa tahun sepanjang 19 tahun di dalam bidang kewangan Islam. Beliau turut diiktirafkan oleh Euromoney pada tahun 2004 sebagai di antara 20 perintis teratas dalam bidang Kewangan Islam. Beliau juga merupakan seorang alumni program ICLIF dan ahli tetap ANSARA Taiping.

Dato’ Badlisyah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji pada 1 Julai 2016.

Alt text

DATO’ ADI AZUAN ABDUL GHANI
KETUA PEGAWAI OPERASI

Dato’ Adi Azuan bin Abdul Ghani merupakan Ketua Pegawai Operasi TH sejak Oktober 2015. Beliau memulakan kerjaya profesional dalam bidang audit dan perakaunan bersama PricewaterhouseCoopers, Kuala Lumpur pada 1996. Beliau merupakan Pengarah Bukan Bebas & Bukan Eksekutif di Y.S.P Southeast Holdings Berhad sejak 1 Disember 2004, dan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif TH di Theta Edge Berhad. Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Queen’s University of Belfast dan ACCA dari Emile Woolf College, London, UK. Beliau adalah Ahli Felo ACCA (FCCA) selain ahli dalam Malaysian Institute of Accountants (MIA).

Alt text

DATUK ROZAIDA OMAR
KETUA PEGAWAI KEWANGAN KUMPULAN

Datuk Rozaida Omar menyertai TH pada tahun 2004. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengurusan kewangan TH dan Kumpulan. Beliau adalah seorang Fellow Chartered Association of Certified Accountant (FCCA) dan juga mewakili TH sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pelikan International Corporation Berhad, BIMB Holdings Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Alt text

DATO’ SYED SALEH SYED ABDUL RAHMAN
PENGURUS BESAR KANAN HAJI

Dato’ Syed Saleh Syed Abdul Rahman memulakan karier di Lembaga Tabung Haji (TH) pada tahun 1987. Sepanjang 29 tahun bersama TH, beliau telah menyandang pelbagai jawatan dalam Kewangan Korporat & Perkhidmatan, Pengurusan Dana, Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Ekuiti & Hartanah. Beliau juga pernah menerajui salah sebuah anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd.

Beliau berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Muda Kejuruteraan dalam jurusan Kejuruteraan Awam dari University of Wales, United Kingdom.

Sejak tahun 2011 hingga kini, Dato’ Syed Saleh menyandang jawatan Pengurus Besar Kanan (Haji) yang bertanggungjawab atas pengurusan dan operasi haji di Tanah Air dan di Tanah Suci.

Alt text

ABD KADIR SAHLAN
KETUA PEGAWAI PELABURAN

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer daripada Universiti of Cambridge, Abd Kadir Sahlan mula berkhidmat di TH pada bulan Jun 2010 dengan pengalaman luas dalam bidang pelaburan selama 24 tahun.

Peranan utama beliau adalah merangka strategi pelaburan berlandaskan Syariah bagi mencapai pulangan yang mampan dan berdaya saing untuk TH.

Beliau bertanggungjawab bagi pengurusan portfolio pelaburan merangkumi aset kelas ekuiti, pendapatan tetap, perbendaharaan, pelaburan dana ekuiti tidak tercatat dan program-program melalui syarikat pengurusan dana luaran.

Alt text

RIFINA MD ARIFF
PENGURUS BESAR KANAN KEWANGAN KORPORAT DAN PERKHIDMATAN

Rifina Md Ariff dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan Kewangan Korporat & Perkhidmatan TH pada 15 Disember 2014.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang pelaburan, kewangan korporat dan perbankan. Kerjaya beliau bermula sebagai Pegawai Kanan di Permata Merchant Bank pada tahun 1990. Dalam tempoh 1994 hingga 2000, beliau berkhidmat sebagai Pengurus Kanan di Amanah Saham Mara Berhad dan kemudiannya di Affin Merchant Bank Berhad sebagai Timbalan Naib Presiden, sebelum menyertai TH pada tahun 2002. Pada tahun 2009, beliau telah dipinjamkan ke syarikat Pelikan Vertriebsgesellschaft mbH & Co. KG, Hannover, German selama 4 tahun sebelum kembali berkhidmat di TH pada Julai 2013.

Beliau dilantik sebagai wakil pengarah TH dalam beberapa Lembaga Pengarah syarikat. Antaranya adalah BIMB Holdings Berhad, Abraj Sdn Bhd, Abraj Management Sdn Bhd, TH Marine Sdn Bhd dan TH Alam Holdings (L) Inc. dan LTH Property Investment (L) Inc.. Beliau juga adalah Pengarah dalam syarikat TH di UK iaitu Leatherhead Properties Ltd dan LTH Property 2 Limited.

Alt text

MOHD HISHAM HARUN
PENGURUS BESAR KANAN SUMBER MANUSIA

Mohd Hisham Harun memulakan karier awalnya pada tahun 1993 sebagai auditor dan kemudiannya Perunding Kewangan Korporat di Coopers & Lybrand/PricewaterhouseCoopers. Beliau menyertai TH pada 1999 sebagai Pengurus Kanan di Perancangan Korporat sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar untuk mengetuai Bahagian Pengurusan Pelaburan pada 2004. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan, Kewangan Korporat dan Perkhidmatan pada tahun 2011 dan bertanggungjawab untuk mengenalpasti peluang pelaburan berkaitan dengan pembangunan syarikat pelaburan melalui susun atur korporat, penilaian peluang pelaburan untuk saham tidak tersenarai dan pelaburan hartanah.

Seterusnya pada tahun 2014, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan (Sumber Manusia) dan bertanggungjawab mengurus dan membangunkan modal insan secara terancang dan strategik bagi mencapai kecemerlangan organisasi.